Cari Blog Ini

Isnin, 8 Februari 2010

Tok Kah

Entah macam mana, baru-baru ni saya telah mengetuai majlis penerangan ke kampung Tok Kah, banayak perkara yang saya fikir kerajaan perlu bertindak segera:-

Sekolah Rendah kebangsaan Tok Kah,

Pelajar sekolah ni hampir mencecah seramai 250 orang, malangnya penduduk bersungut mengadu sudah 40 tahun bangunannya masih kayu. Sedemikian mereka mengharapkan saya sebagai AJK Bahagian UMNO Dungun menyampaikan berita ini kepada yang sepatutnya mengambil tahu bertindak menyelesaikan masalah.

Mereka mengeluh kerana musim pilihan raya UMNO kalah 1999 pun, di peti undi tok kah masih menang lagi. mereka bertanya saya apakah kerajaan nak kami kalah di Tok kah baru nak buat sekolah, kami bukan ada kepentingan apa-apa kata mereka, temapat lain bilangan pelajar tak sampai 150 orang pun sekolah baru, kesianlah kami...

Kemudian mereka mengeluh lagi apabila padang bola yang kerajaan bina semenjak 2004, namun sehingga sekarang tak siap-siap, orang-orang muda bangkit dan mengatakan, nak buat velodrom boleh sedangkan harga berjuta, tapi kami minta padang bola siapnya separuh ada ke patut.

Semoga kerajaan prihatinlah dengan kehendak rakyat,....

2 ulasan:

  1. ya ayah su...tok kah ni tak pernah kalah peti undi...
    sekolah betul ke kayu lagi sekarang ni....penduduk kg kayu ke..pemimpin kayu...

    BalasPadam
  2. penyelesainnya beri undi pas sekali .. ini sahaja jalan efektif .. tempat kuat umno selalu paling mundur.

    BalasPadam