Cari Blog Ini

Rabu, 17 Februari 2010

9 PERKARA YANG MELALAIKAN

MAKA TAKUT OLEHMU DARIPADA LALAI, KERANA BAHAWASANYA JADI DARIPADA LALAI 9 PERKARA IAITU

1. KASIH AKAN KEMULIAAN
2. KASIH AKAN HARTA
3. KASIH AKAN KAYA
4. KASIH AKAN KERAJAAN
5. KASIH AKAN PAKAIAN
6. KASIH AKAN PEREMPUAN
7. KASIH AKAN ISI RUMAH
8. KASIH AKAN KENYANG
9. KASIH AKAN TIDUR

Petua-petua

Petua Merawat Jerawat Di Wajah

Petua Yogurt

Anda suka yogurt? Hmmm...saya merupakan salah seorang penggemar yogurt. Yogurt ni, di samping sedap dan menyihatkan, juga boleh dijadikan sebagai remedi untuuk merawat jerawat.

Caranya adalah dengan apply yogurt ke kulit wajah setiap hari sebagai masker. Biarkan selama 10 minit sebelum dicuci dengan air mati.

Petua Bawang Putih

Heheh...kalau anda boleh bau bawang putih, silalah cuba petua ini:

Bahan-bahan : Seulas bawang putih (tumbuk), 1 sudu kecil madu, 1 sudu kecil jus carrot dan putih telur dari sebiji telur ayam.

Cara-caranya : Pukul dulu telur putih tersebut sehingga nampak kembang. Kemudian campurkan kesemua bahan-bahan lain dan adunan ini dipukul lagi sehingga betul-betul sebati.

Gunakan ramuan tadi HANYA pada tempat yang berjerawat sahaja. So takderlah busuk sangat...

SELAMAT MENCUBA!!!





Petua Mencerahkan Wajah Yang Kusam



Saya ada petua mudah untuk mencerahkan kulit wajah yang dah nampak kusam (mungkin dimamah usia ataupun terlalu banyak terdedah dengan pencemaran)

Petua Pertama :

Pukul sebiji kuning telur dengan 1/2 sudu kecil minyak jagung beserta beberapa titisan air mati. pukul sehingga sebati ajer. Kemudian adunan tadi diletakkan ke seluruh kulit wajah kecuali mata. Lakukan dengan berhati-hati dan lembut. Kemudian kita perlu tidur dengan kedudukan kaki lebih tinggi daripada kepala supaya aliran darah dapat beredar dengan baik. Aliran darah dalam badan yang baik akan membantu menyerikan kulit wajah.

Tunggu sehingga 5-10 minit. Kemudian bilaslah wajah seperti biasa dengan air mati juga. Air mati ini baik untuk kesihatan kulit wajah. Jadi amalkanlah selalu membasuh wajah dengan air mati.

Petua Kedua :

Petua ini menggunakan jus nenas untuk mengembalikan keremajaan kulit wajah. Enzim yang terdapat pada nenas dikatakan dapat mengeluarkan sel-sel kulit mati yang berada pada permukaan kulit wajah. Sel kulit yang mati menghalang kulit daripada bernafas dan seterusnya menyebabkan lebih banyak tisu kulit mati dihasilkan.

Cara-cara untuk menyediakan petua ini adalah dengan mendapatkan jus nenas tersebut (kisar dan tapis untuk mendapatkan jus). Tambahkan sedikit air jika jus tersebut kelihatan terlalu pekat. Petua lain adalah dengan mencampurkan jus nenas ini dengan jus carrot (carrot juga dikatakan dapat mencerahkan kulit wajah).

Cara nak apply petua ini adalah dengan merendamkan beberapa keping kain kasa atau tisu muka ke larutan tadi. Kemudian berbaring dan letakkan kain kasa atau tisu muka yang telah direndamkan ke larutan tadi pada muka. Tunggu sehingga 15 minit sebelum membersihkan wajah dengan air suam suam kuku.

Rutin ini disambung dengan menggosok secara perlahan kulit wajah dengan kain lembut. Ia dikatakan akan mengeluarkan sel kulit mati yang telah berjaya dilongggarkan dengan melakukan petua di atas tadi.

Cuci semula wajah dengan air suam dan seterusnya dengan air sejuk. Kemudian keringkan wajah sepeti biasa...Air suam dikatakan dapat membuka liang-liang roma dan air sejuk pula dikatakan dapat membantu mengecilkan liang-liang roma. Jadi inilah sebabnya air suam digunakan dahulu sebelum air sejuk.

*Petua yang mudah dan berkesan, malah seronok jika dapat dilakukan selalu.





Petua Mengurangkan Tanda-tanda Kedut Di Wajah



Sebenarnya kalau diikutkan, memang tiada ubat untuk penuaan (kedutan) nih. Sebab kita adalah sebahagian daripada alam dan kehidupan, so ada timeframe kita yang tertentu. Ada masa untuk jadi baby, kanak-kanak, remaja (ni masa paling best! Heee), menjadi seorang dewasa dan menjadi golongan warga emas.

Bagi saya, tiada satupun krim atau ubat dalam dunia ni yang boleh membuatkan kita muda selama-lamanya. Kalau ada pun, itu palsu belaka contohnya seperti botox dan susuk. Hakikatnya kita memang dah tua walaupun wajah 'tua' tu dah dilitupi dengan botox dan susuk

Apa yang boleh kita buat adalah 'mengurangkan' kadar kekedutan tersebut supaya tak adalah nampak macam 'buruk' sangat kedut pada wajah kita tu.

Hmm..panjang pula celoteh saya ni ek. Sorry...So dipendekkan ceritalah, inilah serba sedikit petua yang saya tahu untuk mengurangkan kedut di wajah :

Bahan-bahan :

1) Lobak merah
2) Sebiji kuning telur
3) Sesudu tepung jagung

Cara-cara :

Parut lobak merah (agak-agak la banyak mana untuk disatukan dengan sebiji kuning telur). Then masukkan kuning telur tersebut bersama tepung jagung. Kacaulah sehingga sebati sebelum melumurkannya ke kulit wajah. Tunggu sehingga agak kering, selepas itu barulah boleh dibilas dengan air suam-suam kuku...

Insyallah, petua ini akan membuatkan kulit muka anda terasa segar dan tegang.





Petua Memastikan Parut Tidak Meninggalkan Bekas



Hari ini saya ada petua untuk menghilangkan parut/memastikan parut tidak meninggalkan bekas. Caranya mudah sahaja :

Dapatkan bunga raya merah. Ambik kelopaknya sahaja dan tumbuk sehingga hancur. Selepas itu sapukan kelopak bunga raya yang telah dihancurkan tadi pada parut di wajah. Biarkan sehingga ia kering sebelum dicuci dengan air suam. Petua ini boleh dilakukan setiap hari terutama kepada anda yang mahu mendapatkan hasil yang cepat.

Seperti yang saya katakan tadi, petua ini sangat mudah untuk dilakukan, cuma yang payahnya mungkin bab mendapatkan bunga raya merah tersebut. Saya ada satu cadangan kepada anda semua. Apa kata mulai hari ni kita mula tanam tumbuh-tumbuhan yang baik untuk kesihatan dan kecantikan. Mulalah dengan

menanam pokok yang mudah hidup dahulu. Antaranya bunga raya merah ni. Memang mudah hidup .
Prinsip kecantikan : "Biar payah dan leceh, tapi cara tradisional dan semulajadi adalah cara yang paling mujarab untuk kecantikanku" :P







Petua Hilangkan Parut



Ini ada satu petua untuk menghilangkan parut. Sebenarnya petua untuk menghilangkan parut ni mungkin telah ramai yang tahu dan pernah buat.

Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (tak kira parut jerawat ke atau parut di badan)

Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar luka/parut dah jadi kehitaman baru nak cari daun lidah buaya ni yer...





Petua Merawat Sunburn (Kulit Muka Terbakar)



Petua Merawat Sunburn :

Caranya adalah dengan basuh sebiji kentang, then kukus sehingga benar-benar masak lembut. Tak perlu buang kulitnya, cuma basuh sahaja. Selepas itu lenyek kentang tadi sehingga benar-benar halus (ala-ala kentang lenyek KFC). Kemudian letakkan paste kentang tadi pada kulit wajah yang terbakar. Insyaallah, kulit akan terasa nyaman dan segar semula. Cubalah





Petua Melembabkan Kulit Wajah



Petua ini mengunakan kubis. Caranya adalah dengan mengisarkan kubis menggunakan blender. Tapis dan perah kubis yang telah dihancurkan tadi untuk mendapatkan airnya sahaja. Kemudian ianya dicampurkan dengan sedikit madu lebah dan kalau ada campurkan juga dengan sedikit air kelapa. Sapu ke kulit wajah dan biarkan sehingga ia mengering sendiri. Kemudian bilaslah muka seperti biasa.

Petua ini boleh diamalkan setiap 2 hari sekali.



Petua Awet Muda Untuk Wajah

Petua ini mungkin telah diingatkan kepada kita berulang-ulang kali oleh ibu atau nenek kita,namun pada agakan saya, tidak ramai yang menjadikannya satu amalan.

Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah adalah 'penambahan' kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi saya, biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya.

Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan.

Menggebukan + Mencerahkan Kulit Badan



Sental badan dengan hampas kelapa yang telah diparut. Apply pada seluruh kulit badan termasuk leher sekali.buat 2 minggu sekali.Hasilnya memang memberangsangkan. Kulit nampak lebih cerah dan bercahaya. Yalah kan. Kita ni setiap hari terdedah kepada cahaya matahari dan pencemaran. Terutama sekali bagi kita-kita yang kena bawa kereta sendiri/naik bas/naik motorsikal. So, kenalah jaga kesihatan dan kulit kita, baik dari dalam atau luaran.

Petua Kembali Langsing Selepas Bersalin



1)Pastikan flusk air panas sentiasa di sisi anda

- Sekali minum separuh gelas ajer. Minum dengan kerap. Baru terbakar semua lemak kat dalam badan tu



2) Minum air rebusan daun inai.

- Minum yang sedang suam/panas. Minum yang telah sejuk pun ok, tapi kurang berkesan. Saya meminum air rebusan inai ini dua kali sehari (sebelum mandi pagi dan di waktu petang).



4) Bertunku

- Ini amat penting untuk mengembalikan kedudukan rahim dan memanaskan serta membuang lemak di bahagian perut

Petua Rawatan Mata

BULATAN HITAM BAWAH MATA

Hancurkan/tumbuk daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkannya selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.

MATA SEMBAB

Mata sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar. Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit.

KELETIHAN MATA

Lembabkan 2 uncang teh ke dalam air panas. Setelah itu, sejukkan uncang teh tadi dengan memasukkannya ke dalam peti ais. Setelah ia sejuk, letakkannya ke atas mata selama lebih kurang 15 minit.

Petua Melebatkan Bulu Kening

Bahan-bahan

1) Beberapa tangkai daun sirih
2) Lendir daun lidah buaya

Cara Pemakaian

Ambil daun sirih, celupkan tangkainya ke lendir daun lidah buaya. Kemudian sapukan ia pada kening perlahan-lahan. Sapu seperti anda hendak membentuk kening menggunakan pensil kening. Melalui cara ini, anda bukan sahaja dapat melebatkan bulu mata, malah bentuk kening juga dapat diperkemas dan diperindahkan.





"Quick Fix" Tips



Petua 1 : Petua Lain Bagi Mengatasi Masalah Keguguran Rambut

i) Sapukan minyak bijan di akar rambut / kulit kepala sebelum tidur. Paginya, bersyampu dan bilaslah rambut seperti biasa. p/s : anda boleh dapatkan minyak bijan di kedai mamak

ii) Daun lidah buaya digunakan bersama daun bunga raya putih untuk dijadikan resipi bagi mengurangkan rambut gugur. Kalau tak ada daun lidah buaya, gunalah daun bunga raya putih sahaja. Itupun sudah memadai. Lagi satu petua, gunakan lendir daun rambutan untuk lebatkan rambut. Insyaallah, kalau buat selalu, berkesan...

Petua 2 : Merawat Bibir Yang Hitam

Bibir hitam kerana lipstik itu sendiri. Ada satu petua untuk membeli lipstik supaya bibir tidak hitam selepas menggunakannya.

Lipstik yang menyebabkan bibir hitam mempunyai bau (wangi atau apa2 bau). Oleh sebab itu, sebelum memilih lipstik kesukaan anda, cium dahulu lipstik tersebut. Kalau ada apa-apa bau, maknanya jangan ler beli. Kalau tak ada apa-apa bau, maknanya selamatlah lipstik tu. Saya pun sekarang dah tak pernah beli lipstik yang mempunyai apa2 bau.Tambah2 lagi yang berbau wangi seperti bau buahan2an tu, memang sure hitam bibir.

Ok, berbalik kepada persoalan petua tadi. Antara petua yang saya dapat untuk memerahkan kembali bibir anda yang telah hitam kesan penggunaan lipstik yang salah :

i) Sapukan madu ke bibir selama lebih kurang 15 minit. Kemudian bilas dengan air. Kalau nak biarkan pun ok juga. Cuma mungkin kita akan rasa kurang selesa atau mungkin juga bibir akan digigit semut nanti.

ii) Sapukan ubat gigi ke bibir 3 minit sebelum mandi. Di samping memerahkan bibir, ubat gigi ni juga boleh membuang semua kesan lipstik pada bibir anda.

Petua 3 : Petua Kuruskan Badan

Amalkan dua petua "jangan" ini untuk maintain berat badan. Pertama, jangan minum ais langsung, amalkan meminum air suam sahaja setiap hari. Kedua, jangan makan melebihi 7.00 malam. Mudah ajer kan. Cuma nk mengamalkannya ajer yang agak berat. Kuatkan semangat, bulatkan tekad, pasti boleh!

Jumaat, 12 Februari 2010

Program Maa'idaturrahman

Assalamualaikum Wrth Wbth,

Kepada muslimin muslimat kampung sura hujung, setiap hari sabtu tengahari dan malam saya mengadakan program maaidaturrahman, dijemput sekalian fakir miskin dan anak-anak yatim kerumah untuk makan tengah hari dan makan malam. Semoga sumbangan yang sedikit ini sentiasa mendapat berkat dan rahmah daripada Allah buat saya, anak2, isteri2 dan sekalian roh2 zuriat keturunan saya, Para rasul, Para nabi, para sahabat, para aulia, mukminin mukminat mendapat manfaat di dunia dan akhirat.

Isnin, 8 Februari 2010

Cawangan-cawangan UMNO Parlimen Dungun

Dungun setakat ini mempunyai hampir 100 cawangan dan menikut senarai DUN.

DUN Sura 18 Cawangan
DUN Paka 28 Cawangan
DUN Bukit Besi 27 Cawangan
DUN Rantau Abang 27 Cawangan

Masing-masing mempunyai masalah-masalah yang tersendiri yang perlu diselesaikan.

Masalah Di Cawangan-cawangan UMNO

Kita jadi pemimpin baik bawahan mahupun atasan bukanlah mudah dua perkara penting yang nak kita tahu apabila menjadi pemimpin.

1. Mematikan hujah
2. Menyelesaikan masalah.

Mematikan hujah dalam masyarakat, hujah bukan sahaja di dalam bentuk lisan, namun ia berbentuk praktikal (pemasalahan hidup), hati dan perasaan dan penjelasan isu dengan lisan:-

1. hujah kehidupan

1.1 kemiskinan
2.2 tempat tinggal
3.3 pekerjaan
4.0 kesihatan
5.0 barang mahal
6.0 kemudahan asas
7.0 sumber ekonomi
8.0 keselamatan
9.0 bantuan kewangan menggerakan cawangan.

berapa banyak kita lihat jika turun ke bawah perkara-perkara ini masih belum selesai, inilah yang rakyat idamkan, jika selesai kita bolehlah dikatakan juara rakyat di situ. Juara rakyat bukan sekadar retorik, tetapi bentuk pembelaan bagi mengubah hidup dan kehidupan menjadi rakyat akan sayang kepada kita.

namun masih banyak yang perlu kita lihat dan susun strategi secara kolektif dan konsensus kerana rakyat kita berbagai lapisan, kaya, sederhana dan miskin, alim, sederhana dan tidak berpelajaran.

masing-masing akan dihujahkan dengan kehidupan yang berbeza....cara penyelesainnya di namakan menyelesaikan masalah. selepas ini saya akan perturunkan setiap pemasalahan disetiap cawangan agar diambil perhatian dan pengurusan perlaksanaan yang jitu dan murni agar semua orang mendapat manfaat, baik yang melaksana begitu juga yang menrima perlaksanaan.

Tok Kah

Entah macam mana, baru-baru ni saya telah mengetuai majlis penerangan ke kampung Tok Kah, banayak perkara yang saya fikir kerajaan perlu bertindak segera:-

Sekolah Rendah kebangsaan Tok Kah,

Pelajar sekolah ni hampir mencecah seramai 250 orang, malangnya penduduk bersungut mengadu sudah 40 tahun bangunannya masih kayu. Sedemikian mereka mengharapkan saya sebagai AJK Bahagian UMNO Dungun menyampaikan berita ini kepada yang sepatutnya mengambil tahu bertindak menyelesaikan masalah.

Mereka mengeluh kerana musim pilihan raya UMNO kalah 1999 pun, di peti undi tok kah masih menang lagi. mereka bertanya saya apakah kerajaan nak kami kalah di Tok kah baru nak buat sekolah, kami bukan ada kepentingan apa-apa kata mereka, temapat lain bilangan pelajar tak sampai 150 orang pun sekolah baru, kesianlah kami...

Kemudian mereka mengeluh lagi apabila padang bola yang kerajaan bina semenjak 2004, namun sehingga sekarang tak siap-siap, orang-orang muda bangkit dan mengatakan, nak buat velodrom boleh sedangkan harga berjuta, tapi kami minta padang bola siapnya separuh ada ke patut.

Semoga kerajaan prihatinlah dengan kehendak rakyat,....

VELODROM

Assalamualaikum,

Riuh satu negara bercerita pasal velodrom, ada yang suruh ada jugak yang membantah. Saya ni sekampung dipanggil dengan panggilan ayah su mad, kecil besar , tua muda, alim dan tak alim semuanyalah. Dibawah inilah saya nyatakan apa yang dibantah tu....



السلا م عليكم ورحمة الله وبركا ته

MEMORANDUM BANTAHAN PEMBINAAN VELODROM LUMBA BASIKAL
DI KAMPUNG SURA

1.0 KAMI PENDUDUK KAMPUNG SURA HUJUNG AMAT MERASA DUKACITA DI ATAS CADANGAN PEMBINAAN VELODROM LUMBA BASIKAL DI ATAS TAPAK PADANG BOLA SEPAK DI KAMPUNG SURA HUJUNG, DUNGUN, TERENGGANU DAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1.1 KAMI MEWAKILI 4000 PENDUDUK DAN 1300 KELUARGA TIDAK PERNAH
DIAJAK BERBINCANG DAN BERUNDING MENGENAI PEMBINAAN VELODROM.

1.2 HANYA INILAH SATU-SATUNYA PADANG BOLA SEPAK YANG DIMILIKI OLEH
SEKIAN RAMAI PENDUDUK DI KAMPUNG INI DAN KETIADAAN TEMPAT
GANTI JIKA VELODROM DIBINA.

1.3 PEMBINAAN VELODROM INI TIDAK MEMBERIKAN APA-APA MANFAAT
EKONOMI DAN SOSIAL KEPADA PENDUDUK SETEMPAT.

1.4 KAMI TELAH KEHILANGAN PADANG BOLA SEPAK YANG TELAH BERUSIA LEBIH
DARIPADA 25 TAHUN.

1.5 PEMBINAAN VELODROM INI AKAN LEBIH MENGHANCURKAN LAGI KEKUATAN
POLITIK PETI UNDI KAMPUNG SURA SERAMAI 2,961 ORANG.

1.6 PENDUDUK KAMPUNG MASIH KEKURANGAN TADIKA DAN DEWAN ORANG
RAMAI YANG PATUT DIBERI KEUTAMAAN BERBANDING PEMBINAAN
VELODROM.

1.7 SEBARANG ACARA RASMI PENDUDUK KAMPUNG BAGI MENGADAKAN
PERHIMPUNAN BESAR SUDAH TIADA TEMPAT DENGAN PEMBINAAN
VELODROM INI.

1.8 JIKA KEPERLUANNYA AMAT MENDESAK KAMI CADANGKAN PEMBINAANNYA DI BT 48 DUNGUN DAN KAWASAN KAMPUNG BATU TUJUH BERHAMPIRAN POLITEKNIK DUNGUN YANG TIADA SEBARANG BANTAHAN PENDUDUK.

1.9 PEMBINAAN VELODROM INI TELAH DIISTILAHKAN SEBAGAI “PROJEK
DIUTAMAKAN, RAKYAT DIPINGGIRKAN”.

2.0 KESIMPULAN

2.1 KAMI PENDUDUK KAMPUNG SURA HUJUNG TIDAK PERNAH MENOLAK PEMBANGUNAN, NAMUN PEMBANGUNAN YANG MENGENEPIKAN KEPENTINGAN RAKYAT KESELURUHAN BUKANLAH SUATU TINDAKAN YANG TEPAT.

2.2 TIDAK WAJAR KEPENTINGAN RIBUAN RAKYAT DIKETEPIKAN SEDANGKAN YANG MENDAPAT MANFAAT HANYA SEKITAR 70 ORANG.

2.3 KAMI MENGALU-ALUKAN PEMBINAAN VELODROM OLEH PIHAK KERAJAAN DI DUNGUN NAMUN BUKANLAH DI KAMPUNG SURA HUJUNG YANG TIDAK MEMERLUKANNYA OLEH KERANA KAWASAN TERHAD.

2.4 KAMI NASIHATKAN SEBARANG PROJEK BESAR YANG MELIBATKAN KEPENTINGAN RAMAI PENDUDUK PERLULAH MENGAMBILKIRA SUARA PENDUDUK SETEMPAT.

2.5 DEMI KEPENTINGAN SOSIAL DAN POLITIK KAMPUNG SURA HUJUNG, PENDUDUK KAMPUNG SEBULAT SUARA MEMILIH PADANG BOLA SEPAK DAN MENOLAK PEMBINAAN VELODROM.




TANDA TANGAN AJK JAWATAN KUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG YANG MENOLAK PEMBINAAN VELODROM LUMBA BASIKAL DI KAMPUNG SURA HUJUNG.

NAMA TANDA TANGAN

1.0 HAJI MOHAMAD BIN JUSOH
PENGERUSI JKKK

2.0 MAT ARIFFIN BIN CHE JUSOH
TIMBALAN PENGERUSI JKKK

3.0 ELIAS BIN JUSOH
SETIAUSAHA JKKK

4.0 HAFIZI BIN ARIFFIN - AJK

5.0 MAT ZUKI BIN SAID - AJK

6.0 MOHAMAD BIN ISMAIL - AJK

7.0 RAZALI BIN SENIK - AJK

8.0 MOHD SABRI B ABDULLAH - AJK

9.0 YM TG SUPIAH BT TG OMAR - AJK

10.0 YUHARNI BT AWANG - AJK

11.0 HJ ISMAIL B MOHAMAD - AJK

12.0 HAYATUDDIN B HARUN - AJK

13.0 SAMERI BT ABD RASHID - AJK

14.0 CHE MOHAMAD B CHE OMAR AJK

15.0 ABDUL LATIF B ANANG - AJK

S.K Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak,
Perdana Menteri Malaysia,
Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia

Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mahyuddin bin Haji Mohd Yassin.
Pejabat Timbalan Perdana Menteri
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 4 Blok Barat,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia.

YB Dato’ Mohd Sabree bin Cheek,
Menteri Belia Dan Sukan,
Kementerian Belia dan Sukan,
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, 62570 Putrajaya

DATO' MOHD YASIN BIN MOHD SALLEH
Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan
Kementerian Belia dan Sukan,
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, 62570 Putrajaya.

YAB. DATO' AHMAD BIN SAID
Menteri Besar Terengganu Darul Iman
Tingkat 16, Wisma Darul Iman.
20502 Kuala Terengganu.
Terengganu Darul Iman.

Y. Bhg Dato (Dr) Haji Rosli Bin Mat Hassan,
Ketua UMNO Bahagian Dungun,
Bangunan UMNO,
23000 Dungun
Terengganu Darul Iman.